Tuesday, 29 November 2011

Change is Must!

Berubah? Perkataan yang mudah untuk bibir menuturkannya.
Namun,sangatlah sukar pelaksanaannya..kan?
"Korang belajar 4 tahun,pinjaman 70 Ribu lebih..takkan pandai main angry bird je!
anak saya umur 3 Tahun pun pandai!"
Kata-kata yang dituturkan oleh,Ustaz yang mengajar Fiqh Da'wah saya untuk semester ni..Ustaz Abdul Kamil :) Kata-katanya semacam berseloroh tp cukup memberi kesan pada diriku.. membuat aku terfikir,"Aku kini di Tahun Dua,apa yang aku dapat sepanjang pengajianku? Cukupkah ilmuku untuk disumbangkan kepada masyarakat di luar sana? Apakah yang akan kujawab,seandainya ada yang bertanyakan kepadaku permasalahan tentang Ekonomi dan Perbankan Islam..dan aku tidak tahu jawapannya?! Ahh..kata nak jadi Islamic Banker lah,kata nak jadi Lecturer lah..Macamni ker gaya seorang bakal profesional merangkap seorang daie?

Aku mesti berubah..yea sangat mesti..:)
Perlu matangkan diri.
Dalami sebanyak mungkin ilmu Ekonomi dan Perbankan Islam.
Kerana itulah cabang dakwahku:)
Perlu berfikiran jauh.
Perlu mantapkan Bahasa(English n Arabic)
n perlu jadi Muslimah yang lebih produktif !
Dan yang paling penting,menjadi HambaNya yang sentiasa menyempurnakan iman
dan mengislah diri dari hari ke hari...InshaaAllah :)

Benarlah kata-kata Robert Allen :
"Everything you want is just outside your comfort zone ! "
Saya mesti berubah!

 You can do it! :)

No comments:

Post a Comment